Thursday, 1 September 2011

bubur kacang hijau

Bahan-Bahan

-500 gm kacang hijau
-250 gm gula merah atau putih
-1 liter santan kelapa
-2 helai daun pandan
-Sedikit garam.

Cara-cara

-Rebus kacang hijau sampai lembut.
-Masukkan santan bersama daun pandan,
-kemudian masukkan gula merah atau putih dan sedikit garam.
-Masak hingga mendidih dan hidangkan.

Kek Butter Marble

Bahan-bahan:
-1 cwn butter/marjerin
-1 cwn gula halus
-2 cwn tepung gandum
-1 s/teh esen vanilla
-4 biji telur Gred A
-1 s/the baking powder
-pewarna

Cara-cara:
1. ayak tepung bersama dengan baking powder
2. pukul butter dengan gula sehingga kembang dan gebu
3. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati
4. masukkan esen vanilla sambil pukul lagi
5. masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit hingga habis. kacau hingga sebati
6. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang diinginkan.
7. leserkan loyang dengan sedikit marjerin dan tabur sedikit tepung. ratakan tepung dan ketuk lebihannya.
8. masukkan adunan berselang-seli antara warna-warna yang ada. setelah habis, dengan menggunakan tangkai sudu, buat dua atau tiga pusingan pada adunan tersebut.
9. hentakkan dua atau tiga kali sebelum dibakar di dalam oven bersuhu 180 darjah celsius selama 45 minit atau sehingga masak.

mee rebus

BAHAN-BAHAN :

Bahan untuk kuah :

* Tulang lembu - direbus.
* Udang dikupas - direbus dan diblander.
* Ubi keledek atau ubi kentang - direbus dan diblander.
* Kacang Tanah digoreng tanpa minyak buang kulit dan mesin jangan sampai halus.
* cili kering, bawang merah dan bawang putih dimesin.
* tomato tin heinz sebanyak satu senduk.


Bahan untuk mee :


* Mee, dicelur
* Taugeh dicelur
* Tauhu Keping digoreng
* Telur Direbus
* Bawang Goreng
* Cili Merah dihiris
* Daun Bawang dihiris
* Limau Nipis dihiris.

CARA MEMBUATNYA

Penyediaan Kuah

1. Panaskan minyak dan tumis cili yang dimesin tadi
2. Bila agak garing masukkan udang rebus, tulang yang direbus serta ubi keledek
3. Masukkan air rebusan tulang, udang tersebut
4. Bila sudah mengelegak masukkan tomato heinz.
5. Dan akhir sekali masukkan kacang tanah dan bolehlah masukkan garam dan
serbuk perasa.

mee kari

masak-masak kat umah..

Bahan-bahan:

Kuah kari:

-3 mangkuk santan
-5 biji bawang merah (kisar)
-4 ulas bawang putih (kisar)
-1 sm halia (kisar)
-2 batang serai (titik)
-3 sudu besar rempah kari
-1 sudu besar serbuk cili
-1 cawan hirisan ayam
-6 ekor udang
-10 biji fish ball
-5 biji tauhu bulat goring (belah dua)
-1 keping asam keeping
-garam secukupnya
-sedikit minyak untuk menumis

Isian:

-500 gm mee kuning (celur)
-1 mangkuk taugeh
-2 batang sawi
-cili merah (hiris)
-telur rebus atau telur puyuh

Hiasan:

-bawang goreng
-hirisan daun bawang
-hirisan daun sup

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air, diikuti serbuk cili.
3. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau sehingga rata.
4. Masukkan pula isi ayam, serai dan asam keeping.
5. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan udang, fish ball dan tauhu goreng.
7. Setelah fish ball timbul bolehlah diangkat.
8. Masukkan mee ke dalam mangkuk, letakkan di atasnya bahan isian. Kemudian, tuangkan kuah ke atasnya dan hiaskan dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.

nasi kerabu

Bahan-bahan :
* 3 cawan beras (utk nasi)

Bahan Kuah Tumis :
* 5-6 biji bawang merah (kisar)
* 3 ulas bawang putih (kisar)
* 1 sm halia (kisar)
* 5 tangkai cili kering (kisar)
* 3 cawan santan
* 1 batang serai (titik)
* 1 keping asam keping
* garam, gula dan perasa secukupnya.

Bahan Serunding Ikan :
* 3-4 ekor ikan kembung sederhana besar
* 1 biji bawang besar
* 1/2 biji kelapa parut
* 1 tangkai cili merah
* garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Bahan Sambal Budu :
* 4-5 tangkai cili padi (hiris halus)
* 3-4 sudu besar budu
* 1 biji limau nipis secukupnya (boleh ditukar dengan lemon atau kasturi)

Bahan Isian Kerabu :
* 5-10 biji kacang panjang (hiris halus)
* 1 biji timun (cincang memanjang)
* 1/4 biji kubis (hiris halus)
* 1 batang bunga kantan (hiris halus)
* 1 batang serai (hiris halus)
* 1 genggam daun kesum (hiris halus)
* 1 genggam tauge (buang ekornya)
* keropok ikan
* telur masin
* ayam goreng @ daging bakar @ ikan goreng celup tepung
* bawang putih jeruk (jika suka)
* solok lada (jika suka)

CARA MEMASAK :

Kuah Tumis :
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan santan, serai dan asam keping.
3. Bila kuah agak pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah cukup masak dan pecah minyak angkat ketepikan.

Serunding ikan :
1. Bakar ikan kembung dan asingkan isinya.
2. Kelapa digoreng tanpa minyak sehingga kuning keperang-perangan dan kisar kasar.
3. Campurkan kelapa bersama isi ikan, hirisan cili dan bawang, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.

Sambal Budu :
1. Masukkan cili bersama budu dalam mangkuk.
2. Perahkan asam limau ke dalamnya.

Cara Menyediakan Nasi Kerabu :
1. Masukkan nasi dalam pinggan, taburkan di atasnya semua bahan ulaman, hidangkan bersama serunding ikan, kuah tumis dan sambal budu.
2. Untuk lebih sedap boleh ditambah dengan ayam goreng, daging bakar, solok lada dan keropok.

SOLOK LADA :

Bahan-bahan :
* 10 biji lada hijau (belah jangan sampai putus dan buang biji)
* 1/2 biji kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
* 5 biji bawang merah (kisar)
* 1 sm halia (kisar)
* 2 ekor ikan kembung (bakar ambil isinya sahaja)
* garam, gula dan perasa secukupnya.

Cara Memasak :
1. Semua bahan kisar dicampurkan bersama ikan, kelapa parut, garam, gula dan perasa secukup rasa.
2. gaul rata dan sebatikan.
3. sumbatkan dalam lada yang telah dibuang biji.
4. Susun dalam periuk, tuangkan santan pekat dan rebus atau kukus hingga kering.

nasi ayam

NASI
8 ulas bawang putih - kisar
4 inci halia - kisar
4 tin susu beras
4 tin sup ayam
2 helai daun pandan
majerin/butter
1 sudu kecil serbuk kunyit

CARA
1. Tumis bwg putih, halia dgn majerin.

2. Lepas naik bau, masukkan sup ayam,daun pandan, serbuk kunyit dan beras. Tunggu hingga masak.

SUP AYAM
1 ekor ayam dipotong ikut suka
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 inci kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 buah pelaga
2 cengkih
garam
air

Cara
1. Tumis halia dan bawang putih yang telas dihiris halus.

2. Masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan cengkih.

3. Masukkan ayam dan goreng selama 5 minit.

4. Masukkan air dan garam secukup rasa.

5. Biar masak dan simpan 4 tin sup ayam untuk digunakan untuk memasak nasi ayam.

6. Keluarkan ayam untuk digoreng

SAMBAL CILI

10 tangkai cili merah
2 bawang putih
2 sudu besar air limau nipis
gula dan garam secukup rasa

Cara
Blend semua bahan


AYAM
Ayam yang telah dimasak sup ditoskan drp supnya
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap & 3 sudu besar sos lada hitam



Cara memasak :

Campurkan semua bahan, perap sebentar dan goreng ayam shingga berwarna keemasan

puding batik biskut marie

Bahan-bahan :

450 gm biskut Marie
250 gm mentega
100 gm MILO
250 gm susu krimer pekat manis
2 biji telur
350 ml air (2 cawan air)
5 sudu besar koko
1/3 cawan gula
sedikit emulco coklat (jika suka)

Cara Membuatnya :

1. Panaskan mentega dan 1 cawan air hingga mentega itu cair.Gunakan api perlahan.
2. Masukkan milo,susu krimer, gula, koko dan emulco coklat. Kacau sebati.
3. Pukul telur dengan garfu dan masukkan ke dalam periuk. Masak adunan hingga pekat.
4. Masukkan biskut marie yang telah dibelah 4. Kacau hingga semua biskut basah.
5. Sediakan loyang berukuran 10 inci atau 9 inci. Griskan dengan minyak atau lapik plastik.
6. Tuangkan adunan dan ratakan.Apabila agak sejuk,tekan dengan plastik agar padat.
7. Masukkan dalam peti sejuk setelah puding agak suam.Setelah keras, bolehlah dipotong dengan pisau tajam.

sotong masak merah

masak-masak kat umah..

Bahan-Bahan:
300 g sotong (potong ikut suka)
2 biji cili merah (dibelah 4)
3 biji bawang besar (dihiris kasar)
garam secukup rasa
200g asam jawa

Bahan dikisar:
1.2 sm halia
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
15 biji cili kering
¼ cawan air

Cara:
Sotong dibersihkan dan ditoskan. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kuning, kemudian masukkan bahan kisar. tumis sehingga naik bau. masukkan air asam jawa dan masukkan sotong. masukkan garam secukup rasa. Masak hingga empuk barulah diangkat.

keropok lekor

keropok yang belum direbus

 rebus keropok dalam rice cooker..jgn tiru aksi ini di rumah yer..kami kat hostel xde kuali.. =)
 
keropok yang siap digoreng guna rice cooker jge..~~

Bahan-bahan:

1 kg ikan kembung/selayang - asingkan dari tulang
240-260g tepung kanji/sagu
Garam secukup rasa
air utk merebus
Minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa

Bahan sos:

500ml air
150g gula merah
3 camb cili kisar
60ml air+1camb asam jawa+2cm belacan
Garam, Gula dan serbuk perasa

Cara membuatnya:

1. Kisar isi ikan hingga hancur. Campurkan dengan tepung kanji dan garam. Uli sebati
dan bentukkan memanjang.
2. Jerang air sehingga mendidih dan rebus hingga keropok timbul. Angkat dan toskan.
3. Hiris keropok tadi nipis-nipis dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan
terlebih dahulu.
4. SOS : Campurkan semua bahan dan masak di atas api sehingga pekat. Sesuaikan
rasanya dan hidangkan dengan keropok yang telah digoreng tadi.

onde-onde / kuih buah melaka

Bahan-bahan :
1) 1 kg tepung pulut
2) 1/2 sudu garam
3) 2 penutup pewarna hijau (boleh ganti daun pandan)
4) Gula melaka dikerat kecil2
5) Kelapa parut (di tambah dgn sedikit garam)

Cara-cara:
1) Gaul tepung pulut+garam+air+pewarna hijau sehingga sebati.
2) Sementara itu panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
3) Doh dikecil2 kan dlm bentuk sfera.
4) Masukkan gula melaka ke dlm doh sfera.
5) Kemudian,masukkan ke dalam air yg telah mendidih tadi.
6) Angkat kuih guna penapis utk toskan air dia. Angkat bila kuih tadi sudah terapung di permukaan air.
7) Salut kuih tadi dgn kelapa parut.
8) Dah boleh makan...

kuih siput

Bahan-bahan :

* 5 cawan tepung gandum
* 70gm majerin
* 1 sudu kecil serbuk jintan manis
* 1 sudu kecil serbuk jintan putih
* 2 sudu kecil serbuk udang kering
* 1 sudu kecil garam
* 2 sudu cili serbuk
* hirisan daun kari
* santan secukupnya
* minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara-cara :

1. Gaul semua bahan kecuali santan.
2. Masukkan santan dan uli sehingga menjadi doh.
3. Gunakan acuan kuih siput atau gulung menggunakan garfu untuk membentuk seperti siput.
4. Goreng hingga kuning keemasan.

lepat pisang

Bahan-bahan:

-4 biji pisang emas yang besar atau 3 biji pisang raja
-45 gm gula pasir
-30 gm tepung gandum (ayak) -fiza x ayak pun..
-3 sudu besar kelapa parut (dibuang kulit arinya) & sedikit garam -fiza xletak pun..
-2 keping daun pisang anggaran utk 8 biji kuih

Cara-cara:

1. Basuh & celurkan daun pisang dalam air yang panas atau layur di atas api. Keringkan atau lap daun yang lembut itu.
2. Kupas pisang & lecek dalam mangkuk adunan. Campurkan gula,kelapa parut & tepung.Kacau rata-rata.
3. Letakan sepotong daun pandan di atas sehelai daun pisang & bubuh 1 sudu daripada adunan itu memanjang & ratakan.
4. Balut adunan itu dengan daun pisang & lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm. Letakkan dalam dulang pengukus & kukuskan selama 15-20 minit.
5. Keluarkannya dari dulang pengukus & hidangkan dalam pinggan sama & panas atau sejuk.

cek mek molek

masak-masak at hostel..

Bahan-Bahan:

-ubi keledek
-planta
-tepung gandum
-garam
-telur
-air
-minyak (untuk menggoreng)
-gula

Cara-cara:

1.ubi keledek direbus bersama air dan garam sehingga empuk.
2.Angkat ubi keledek yang direbus kemudian dilenyek sehingga hancur.
3.Masukkan planta,garam, telur dan gandum sehingga menjadi doh.
4.Bulatkan doh menjadi bebola.
5.Kemudian doh tadi di leperkan, seterusnya letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. 6.Setelah selesai semuanya bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.

cekodok pisang

masak-masak at hostel..

Bahan-bahan:

-Pisang yang EXTRA masak
-Gula
-Garam
-Tepung gandum
-Air

Cara-cara:

1.Hancurkan pisang.
2.Masukkan gula.
3.Masukkan tepung + garam.
4.Masukkan air sikit-sikit dan tengok kepekatan. Jangan cair sangat bancuhannya.
5.Kacau bancuhan.
6.Goreng bulat-bulat( guna tangan) atau bujur-bujur (guna sudu) dalam minyak
panas.
7.Goreng sampai keperangan macam gambar atas tu.

tambahan:

*untuk bagi kembang dan cantik, bancuhlah setikit yis dengan air dan kacau bersama bancuhan.

Pisang Sira Simple

Bahan-bahan:
-pisang
-garam kasar (nak guna garam halus pun xpe)
-gula

Cara-cara:
1. rebus pisang dengan satu genggam garam kasar.
2. setelah masak, angkat dan toskan.
3. setelah sejuk, kupas kulit pisang tadi dan belah dua pisang tersebut.
4. susun di dalam bekas dan taburkan gula di atasnya.
5. sedia untuk dimakan. kalau nak lagi sedap, letak di dalam peti ais.